Saturday, January 16, 2010

A time to write into the past.

Today's post shall be in Bahasa Malaysia (I still rather call it Bahasa Melayu though). Well with the exception of this though =) Just expressing my thoughts

Setiap hari aku menjengguk diluar jendela aku yang sunyi dan sepi, aku melihat pelbagai ragam manusia. Tak mengira waktu, mereka bermain, bersantai dan menikmati kehidupan. Di dalam kuliah ku, telefon bimbit dan komputer riba dikeluarkan. Namun begitu, tujuan mereka bukanlah untuk melihat nota yang telah diberikan oleh para pengajar university tetapi untuk menikmati dan membazir masa mereka di dunia cyber.

Takala aku balik ke dalam bilik ku, terasa rindu di hati terhadap tanah air ku. Manusia dan ragam mereka yang tersendiri yang ku lihat setiap hari di sana, walaupun tidak sempurna namun masih mempunyai identiti tersendiri.

Tidak sangka tanah airku yang ku sangka aman (walaupun bisa politik masih wujud dan sentimen kaum masih menjadi masalah), huru-hara dibuatnya kerana satu perkataan.Walaupun sesuci mana perkataan tersebut, isu ini seharusnya dibawa ke meja perbincangan dan bukannya diselesaikan dengan keganasan. Malaysia yang dilihat sebagai sebuah negara yang aman dan wujudnya perpaduan kaum kini dilihat sebagai sebuah negara yang tidak mempunyai kebebasan demokrasi dan suara. Laksana peristiwa 13 Mei mengulangi dirinya.. Mahukah sejarah mengulangi dirinya?

Mahukah kita melihat darah rakan kita melimpahi tanah yang kita cintai? Sesungguhnya tahap toleransi kita semakin rendah. Kita sebagai manuia kini menjadi seperti lalang, semakin tinggi, semakin bongkak. Tidak kah kita seharusnya bersyukur kepadaNya? Atas nikmat yang telah diberi, status Merdeka yang telah dicapai dan hidup yang aman dan makmur selama 50 tahun?

Bahasa hanyalah medium perantaraan antara manusia. Mengapakah kita harus dianggap istimewa daripada seluruh dunia. Adakah tradisi dan dunia salah ataupun kita yang berada di dalam gelap, bagai katak dibawah tempurung?

Janganlah peristiwa ini menjadi satu pertumpahan darah dibawah nama 'jihad'. Selesaikan konfrontasi dengan cara yang beradab. Bukankah kita manusia abad ke 21?

5 comments:

Anonymous said...

nampaknye tehpong boleh mengambil spm bahasa melayu kertas 1 sekali lagi.

-zaf

yuhanis said...

haha. tehpong, what r u up to?
neways, ade ke pepatah "seperti lalang,semakin tinggi,semakin bongkok"? hehe :P

Safuan Hakim said...

(imitating Mr Kipli)

penutup lemah! REDO!

-hahaha :P

Adrian K said...

@zaf
Taknak! Cerpen is a killer wei

@Yun
Apparently there is. I was looking for the padi one, the semakin berisi,semakin tunduk but then found this one and think it suits more

@Safuan Hakim (Rembai)
Grrrr... that was the respond I normally gave (quietly of course) whenever he said that

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.