Seseorang pernah berkata kepada aku bahawa manusia harus mempunyai impian dalam hidupnya.
Seseorang yang mempunyai impian akan bekerja keras untuk mencapai impiannya,
Seseorang yang mempunyai impian, mempunyai hala tuju dalam hidup,
Dan seseorang yang mempunyai impian, tahu akan erti mimpi dan fauna.
Namun begitu, untuk orang yang masih tidak mempunyai apa-apa impian, adakah ia bermaksud mereka hidup tanpa makna? Adakah mereka seperti robot yang dicipta, menjalankan tugas masing-masing tanpa berharap?
Untuk aku, impian merupakan satu punca kekuatan untuk orang mencapai hasrat mereka. Dengan arah tuju, makna kehidupan mereka lebih jelas. Namun kadang-kala, hidup yang nampaknya agak jelas sebenarnya kabur jikalau kita terperangkap dalam persepsi masing-masing. Kita gagal melihat alternatif kepada apa yang berada di depan mata kita.
Dahulu kala, aku terperangkap dalam impian yang aku cipta. Aku inginkan ia begitu saja, mudah dan tidak sempurna. Aku terlalu terkongkong dalam pemikiran yang sebegitu, sehingga aku alpa akan apa yang penting pada masa itu. Boleh dikatakan permikiran aku terlalu cetak dan terlalu pentingkan diri sendiri.
Namun begitu, aku tidak pernah menyesal pilihan aku. Jikalau semuanya sempurna, aku tidak akan mengerti apa itu erti kegagalan, erti berputus asa ataupun erti untuk mencari kekuatan supaya aku dapat berdikari.
Untuk aku, dengan mempunyai impian, kita memperolehi seorang guru yang mengajar kita erti kehidupan. Dari yang salah kepada yang benar, dan dari apa yang nyata daripada mimpi.
Untuk aku, impian hanyalah impian jikalau kita tidak cuba sedaya upaya untuk mencapainya. Namum kita tidak seharusnya berfikiran sempit dalam proses untuk mencapai impian,kerana ia membuatkan kita alpa akan persekitaran kita.
Impian boleh menjadi sumber pendorong, dan ia just boleh menjadi suatu sumber kealpaan. Jadi, adakah impian baik, ataupun sebaliknya?
Untuk aku, impian hanyalah kata-kata, yang diberi makna oleh tuannya.
1 comment:
I guess this still holds water. :)
Post a Comment